Thursday, October 31, 2013

Hebatnya berwudhuk

                         
Surah 6 dan ayat 6(surah al-mai'dah) = jumlah rukun wuduk ada 6. Maka betullah apa yang cuba penulis bawa sejak mula. angka dan huruf tidak boleh dipisahkan. Apabila ada A,B,C tentu ada 1,2,3. Apabila penulis lihat surah al-mai'dah. ayat 6 dan juzuk 6 maka dapat jawapan tentang persamaan rukun wuduk ada 6.
               
                          
          Lama rasanya tidak menulis. Mungkin agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Alhamdulilah dapat juga penulis di dalam blog ini. Mungkin juga sebelum ini penulis tiada apa yang menarik untuk dikongsi sebab itu tidak mencoret sebarang di kalimah di sini.
           
Ini ialah yang terbaharu.

            
          Berbalik kepada kepada kajian. Erm.. hendak kata kajian macam tidak kena.. penulis bukan mengkaji tetapi meneliti. Apa yang penulis sampaikan ini merupakan teori. Ilmu yang  penulis zhonikan.(kuat sangka akan kebenaran)
            
             Para pembaca di nasihatkan supaya mempunyai senaskah al-quran ketika membaca artikel ini. Ini bertujuan untuk pembaca merujuk kembali al-quran dan berfikir sejenak. Jika ada perkara yang pembaca ragu sila komen. Maklumlah penulis ini mempunyai beribu-ribu kekurangan. Harap pembaca sudi menegur penulis.

       {Ayat 6 dalam surah al-ma’idah.
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai kedua mata kaki. ...}

            Jika kamu junub, maka mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperolehi air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi dia ingin membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-NYA bagimu, agar kamu bersyukur.
           
                Yang hendak penulis huraikan ialah ayat pada perenggan yang pertama. Adapun bagi perenggan yang kedua penulis menulisnya bertujuan untuk menghabiskan ayat yang tertulis di dalam al-quran. Penulis menulis sekalian/ kesemua ayat yang terdapat di ayat 6 surah al-ma’idah.


         Point yang hendak dibahaskan di sini ialah perenggan pertama. Ayat yang membawa maksud hendak bercakap mengenai bab wudhuk. Jika kita tidak berwudhuk maka solat yang kita kerjakan tidak sah. Begitu juga jika kita hendak membaca al-quran kita kenalah mempunyai wudhuk.

Pada mulanya penulis ingin menghafal ayat ini untuk dijadikan dalil naqli agar kelak jika ada orang yang bertanya tentang wudhuk penulis dapat menjawabnya. Jadi seperti biasa penulis cuba untuk menghafaznya.

          
            Dengan tidak semena-mena ilham allah itu datang. Melihat nombor yang tertera di ayat 6 surah kelima ini. Mula mencari adakah wujud keajaiban-keajaiban nombor seperti yang penulis teliti sebelum ini. Adakah teori penulis sebelum-sebelum ini dapat menerangkan tentang haqiqat nombor itu sendiri. Haqiqat di mana terdapat tafsir di sebalik angka di dalam al-quran.

     Penulis mula tertanya-tanya.
“erm.. kalau tidak silap rukun berwudhuk ada 6.” Bermonolog di dalam hati. Mata dengan sepantas kilat memanah tempat ‘parking’ nombor di dalam surah al-ma’idah. Dengan hati yang berdebar-debar. Adakah pertanya ini bakal menjawab persoalan yang timbul.
           
                “allahuakbar, allahuakhbar, allahuakbar.” Penulis bagai hendak menjerit kegembiraan. Hati ini terasa seperti ada air yang sedang mengalir di dalam hati. Ketika ini terasa diri ini kerdil. Hendak menanggis. Bukan hendak tetapi mengalir air mata ini.
Terfikir bertapa banyaknya nikmat yag allah berikan kepada penulis. Adakah penulis tidak mahu bersyukur. Ini antara nikmat yang allah berikan kepada penulis. Iaitu ilham yang sangat bernilai. Nilai yang tidak terhingga.
            
        Teringat kata-kata syeikh wan ismail bin abdul qodir al-fathani.

Rukun wudhuk ini ada enam. Dua kering empat basah.
Maka semua rukun wudhuk ada enam semuanya. Penulis merujuk kembali nombor surah. Jika sebelum ini semua artikel penulis merujuk kembali surah. Angka surah dan ayat  saling berkait.
           

           Seperti sebelum ini. Surah al-zahzalah dan al-qariah. Surah al-zahzalah menerangkan tentang hari pengakhiran/ hari penamat. Oleh kerana menerangkan bab kiamat maka surah ini bernombor 99. Surah al-zalzalah pula menerangkan kehidupan permulaan selepas kiamat maka angka bagi surah ini ialah 101. Ini semua berkait rapat dengan surah. Kali ini tidak bahkan bercanggah dengan artikel sebelum ini.

     Mengapa kali ini tidak???
  

          Penulis lantas mencari kebenaran. Mula melihat muka surat tetapi tetap tidak menemuinya. “ya allah apa yang kau hendak tunjukan paa aku. Aku ini hamba yang dhaif dan lemah tetapi dalam masa sama aku ingin menyebarkan dakwah kepada orang ramai. Maka tolonglah aku..” penulis berdoa.
Alhamdulilah. Sekali lagi ilham datang seperti puting berliung.
          

    Melihat kembali juzuk sebab sebelum ini penulis jujur tidak merujuk langsung juzuk ketika menghuraikan keajaiban nombor di dalam al-quran. Kali ini penulis mula merujuk kembali juzuk di dalam al-quran. Ternyata ada maksud yang tersirat.
“allah maha besar, allah maha besar, allah maha besar”

            Juzuk 6.
             
        Begitu hebat al-quran ini. Tersangat hebat sebenarnya.
Mengapa kali ini perlu melihat angka juzuk bukan surah seperti kebiasaan.
             
             Penulis berjalan. Mencari sesuatu. Sesuatu rujukan iaitu kamus bahasa melayu- bahasa arab. Maka dua definisi yang dapat disimpulkan.
Satu lagi. Maksud juzuk
            
              Contoh ayat yang diberikan ayah membahagi-bahagikan epal kepada tiga bahagian.
جزء yang membawa maksud membahagikan.

             Satu lagi صور ialah surah. Bermaksud gambaran.
             
     Erti juzuk dan surah berbeza sama sekali. Sangat jauh perbezaannya. Ketara. Juzuk bermaksud membahagikan. Bahagian-bahagian senang cerita. Gambaran pula maksud bagi surah. Sebab itu bila penulis melihat surah ia tidak terpahat angka 6 tetapi ia terpahat di juzuk. Hendak menceritakan bahagian-bahagian wudhuk itu ada 6. Ini saling berpecah. Berpecah kepada 6 bahagian.
            

         Kita tidak kata yang gambaran untuk berwudhuk ada 6. Sebab itu hanya gambaran. Ini tidak capai maksud. Jika kita hendak qiaskan surah al-zalzalah dan al-qariah bolehlah. Kedua-dua surah ingin memberi kita gambaran tentang sesuatu perkara.


             Sumber rujukan kamus oxford fajar kamus bahasa melayu- bahasa arab.
            
 Terjawablah mengapa surah tidak berkait dengan ayat 6 ini sebab maksud surah ialah gambaran. (serius penulis pun baru tahu yang maksud surah ialah gambaran. He.. tersenyum seketika). Juzuk pula bermakna bahagian.

              Ayat yang kita sedang bincangkan ini ingin mengatakan tentang bahagian-bahagian wudhuk. Ia menyatakan tentang anggota yang perlu dibasuh ketika hendak membuang hadas kecil. Iaitu muka, kedua belah tangan, rambut dan kedua belah kaki. Lagi dua pula ialah niat dan tertib. Jadi lengkaplah 6 sepert mana tafsir nombor yang terdapat di dalam surah al-ma’idah ini.

kesimpulannya ialah nombor 6 dalam juzuk 6 menerangkan tentang wuduk. apa kaitannya?
kaitannya ialah wuduk ada 6 rukun. ayat ini berkait secara langsung dengan jumlah 6 rukun wuduk.

surah 6 dan ayat 6(surah al-mai'dah) = jumlah rukun wuduk ada 6. Maka betullah apa yang cuba penulis bawa sejak mula. angka dan huruf tidak boleh dipisahkan. bila ada A,B,C tentu ada 1,2,3. apabila saya lihat surah al-mai'dah. ayat 6 dan juzuk 6 maka dapat jawapan tentang persamaan rukun wuduk.
            
           Hebat sungguh al-quran. Sesungguhnya kami orang-orang mukmin beriman dengan apa yang diturunkan allah kepada kekasihnya nabi muhammad S.A.W. Moga allah melimpahkan rahmat dan sejahtera kepada nabi kita muhammad S.A.W.

No comments:

Post a Comment