Saturday, June 8, 2013

PeNgakHiraN DaN PerMuLaAn


Sebagaimana kita lihat dalam surah ini allah meletakkan surah az-zalzalah pada susun surah yang ke 99.
Mengagungkan bukan. Surah ini bukan diletakkan pada aturan surah yang pertama mahupun yang ke tujuh puluh. Tetapi diletakkan pada surah yang ke 99.


Mengapa??




Akhir susunan bagi ‘nombor’ ialah 9. Nombor yang terletak di rumah ‘sa’ jika kita ingat pelajaran di sekolah tadika. Maka selepas 9 nombor akan kerumah ‘puluh’. Iaitu 10.
99 di sini seperti ingin menguatkan lagi fakta bahawa kiamat itu pasti. Nombor 9 ditulis sebanyak 2 kali. 9 dan 9. Keajaiban nombor 99 bagi pengakhirat alam ini.




*Nombor ialah kehidupan*


            Kali ini saya hendak menyikap sesuatu surah yang mungkin kita semua hafal. Surah ini pendek tetapi penuh dengan makna yang tersendiri. Surah Az-zalzalah dan Al-qari’ah.
Jika kita dengar dan lihat tafsir surah ini. Maka kita rasa surah ini seperti sama. Iaitu hendak menyatakan tentang hari kiamat. Bagaimana hari kiamat itu terjadi. Hari yang tiada manfaat harta benda kita melainkan amalan kita. Hari yang kita yakin akan hadirnya.

Pada mulanya juga saya rasa begitu.


            Dengan taufik dan hidayah allah. Allah memberi saya ilham. Apabila kita tadabbur surah ini kita akan dapat merasakan perbezaannya. Perbezaan yang dapat dilihat pada manusia yang meneliti satu persatu wahyu yang allah turunkan.


Surah al-zalzalah


1)      Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dasyat,
2)      Dan bumi mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya,
3)      Dan manusia bertanya, “apa yang terjadi dengan bumi ini?”
4)      Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya,
5)      Kerena sesungguhnya tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya.
6)      Pada hari itu manusia keluar berkelompok-kelompok, untuk diperlihat kepada mereka (balasan) semua amal perbuatannya.
7)      Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat dzarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
8)      Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat dzahrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.


Surah az-zalzalah lebih untuk menyatakan tentang pengakhiran dunia ini. Nanti suatu hari pasti, pasti yang tiada ragunya bahawa bumi ini akan musnah. Alam semesta ini akan hancur. Semua makluk yang bernyawa pasti akan binasa. Kecuali allah yang maha besar.


Maka allahlah yang sebaik-baik pengatur.


Dia yang mengaturkan alam ini sebaik-baiknya. Sebagaimana kita lihat dalam surah ini allah meletakkan surah az-zalzalah pada susun surah yang ke 99.
Mengagungkan bukan. Surah ini bukan diletakkan pada aturan surah yang pertama mahupun yang ke tujuh puluh. Tetapi diletakkan pada surah yang ke 99.


Mengapa??


            Di sini kita lihat ada keserasian antara angka dan fakta.


Akhir susunan bagi ‘nombor’ ialah 9. Nombor yang terletak di rumah ‘sa’ jika kita ingat pelajaran di sekolah tadika. Maka selepas 9 nombor akan kerumah ‘puluh’. Iaitu 10.
99 di sini seperti ingin menguatkan lagi fakta bahawa kiamat itu pasti. Nombor 9 ditulis sebanyak 2 kali. 9 dan 9. Keajaiban nombor 99 bagi pengakhirat alam ini.
Lihat begitu indah susunan allah.



              Tidak lupa juga. Jika kita perhatikan nama surah ini jika di tulis dengan tulisan rumi. Maka kita akan tulis aZ-Zalzalah. Selepas huruf A huruf Z. Z merujuk kepada penamat bagi segala abjad. Dan disini Z seperti mengukuhkan lagi ayat al-quran, susunan nombor al-quran. Maka pelengkapnya ialah huruf Z terletak pada ‘ending’ abjad. Maka kita dapat tafsir disini ada 3 peninjik yang allah berikan kepada manusia.
            

            Sama ada pada ayat al-quran yang menyatakan hari bumi akan hancur. Selain itu, pada nombor 99 yang kita semua tahu 9 ialah akhir bagi angka. Manakala z pula penamat bagi abjad.
Saya juga tidak menyangka bahawa terdapat satu lagi keajaiban al-quran. Lihat muka surat surah ini. Sudah lihat. Amazing. Muka surat 599. Still ada nombor 99. Masih lagi ada nombor 99 yang double. Adakah ini al-quran merupakan ciptaan manusia. Tidak mungkin rekaan para manusia. Mustahil. Imposible nombor-nombor ini dapat disusun oleh manusia yang lemah.



Surah al-Qari’ah. AL. selepas huruf A kita lihat huruf L.Mengikut hukum-hukum bahasa melayu, selepas huruf besar kita akan menulis huruf kecil. Huruf kecil bagi L ialah l. iaitu huruf yang hampir sama dengan nombor satu. Satu yang seperti ingin menyatakan permulaan yang baru selepas bumi ini hancur. Kita dapat lihat juga. Surah ini mempunyai 11 ayat. Sekali lagi wujud nombor 1 dan ditambah 1. Sebelas. Sama juga ingin menyimpulkan bahawa ada permulaan alam ini selepas kehancurannya.



Surah ini terletak pada 101. Lihat. 1+0=1, 1+1=11, 101=11. Basic math.
Dan mari kita lihat muka surat surah ini. Ms 600. Ada 00 yang yang diulang dua kali. Agaknya apa maksudnya. Bagi saya maksudnya mestilah selari dengan surah yang terpahat iaitulah surah al-Qari’ah. Bermaksud permulaan. Kosong-kosong. Bukan lagu najwa latif tetapi seperti hendak mengatakan ada permulaan semula selepas kita mati. Kosong bermaksud permulaan yang baru selepas alam semesta musnah. Masa dimana semua makhluk musnah.


Seiring bukan. Fakta seiring dengan tafsir nombor jika kita kaji.
99 mewakili penamat yang hakiki dan 11 menunjukkan permulaan baru yang tiada keraguannya lagi. Kedua-dua ialah menunjukkan nombor yang double. Menguatkan lagi akan tafsir nombor yang ada di dalam al-quran ini.


ALLAHUAKBAR….


Disebalik tafsir ayat ada tafsir nombor lain yang 100% berbeza.


            Jadi dimana permulaan hidup manusia ini.


Permulaan kita selepas hari kiamat ialah menuju ke alam akhirat. Alam yang allah janjikan nikmat yang melimpah ruah kepada hambanya yang bertakwa di dunia. Demensi di mana allah akan mengazab hamba-hambanya yang kufur. Banyak melakukan maksiat kepada allah.
Kita lihat pula.
Surah yang ke 101.


Surah Al-qari’ah.

1)      Hari kiamat.
2)      Apakah hari kiamat itu?
3)      Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?
4)      Pada hari itu manusia seperti laron yang berterbangan,
5)      Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
6)      Maka adapun orang yang berat timbangan (kebaikan)nya,
7)      Maka dia berada di kedudukan yang memuaskan (disenang).
8)      Dan adapun orang yang ringan (timbangan)nya,
9)      Maka tempat kembalinya ialah neraka hawiyah.
10)  Dan tahukah kamu apakah neraka hawiyah itu?
11)  (yaitu) api yang sangat panas.


            Jika surah az-zalzalah menekankan soal pengakhiran maka surah al-qari’ah menekankan pengawalan. Permulaan selepas kehidupan.


Kesimpulan. Al-quran merupakan mukjizat tersembunyi. Maknanya hanya akan diketahui jika kita banyak metaddabbur ayat al-quran. Meneliti segala yang terpahat didalam al-quran. Sama ada ayat, angka, muka surat mahupun abjad.


           


No comments:

Post a Comment