Sunday, November 6, 2011

Arafah, (hari kembali)

kembalilah wahai saudara KU



Taubat itu kalau diterjemahkan dalam bahasa melayu ialah kembali. Kembali taat kepada Alah. Dengan cara melakukan  apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Semua manusia itu pasti tidak lari daripada melakukan kesalahan. Bagi manusia normal seperti kita, dosa itu seperti pakaian yang kita pakai. Jika pakaian itu tiada bermakna tidak sempurnalah hidup seorang hamba bahkan ketiadaan pakaian itu akan membuka tubuh yang menjadi rahsia setiap insan.


Dalam sebuah hadis yang mahfumnya berbunyi begini

           
         Setiap anak adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa, tetapi sebaik-baik orang yang melakukan dosa ialah orang yang bertaubat(kembali)



           
              Ini bermakna semua manusia itu pernah melakukan dosa. Ustaz, ustazah, perdana menteri, sultan semuanya melakukan dosa. Cuma yang membezakan itu semua ialah, adakah mereka ini mahu bertaubat? Mahu kembali ke arah cahaya ilahi yang masih tidak lagi hilang mahupun lenyap di muka bumi ini.



Pakaian yang ana maksudkan ini bukanlah bermakna kita  perlu lakukan dosa setiap masa tetapi  ia hanyalah perumpamaan, ataupun bidalan.



            Keistimewaan hari Arafah



 Sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah maka akan diampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

           


Inilah hadiah yang diberikan allah kepada hambanya yang mahu kembali menjadikan hamba yang sebenar-benar hamba. Pengampunan bagi hambanya yang semakin jauh agar mendekati allah yang maha Esa. Agar mereka bermandikan cahaya yang dipancarkan yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. sekali gus dapat membersih dan menerangkan hati manusia.


       

Hari mencuci pakaian



Pakaian yang kita pakai mesti akan kotor. Ia merupakan hukum alam. Maka ketika hari arafah inilah seorang sang pendosa akan mencuci pakaian dosa yang dipakai dengan selaut air mata. Air mata yang masin ini akan dicurahkan kerana teringat pada dosa-dosa yang mereka lakukan dahulu. Ketika inilah mereka menyental, memulas dengan bersungguh-sungguh agar titik-titik hitam itu akan hilang. Maka pakaian yang putih bersih itu bakal mewarnai hidupan mereka seharian. Pakaian yang bersih itu akan sentiasa berbau harum. Haruman  Ini akan menjadi faktor penarik kepada rakan-rakan supaya  mendekati kita.


Menjaga pakaian

            Apabila pakaian yang dipakaian mereka bersih maka hati mereka akan tenang, tenteram. Maka, semua perkara yang dilakukan oleh pendosa itu tidak lain dan tidak bukan hanya semata-mata mencari keredhaan allah s.w.t.


Mereka juga akan sentiasa menjaga baju mereka. Jika terlekatnya debu-debu di pakaian mereka, maka mereka akan segera mmbasuhnya.



~Abdul Habib~

:columnis of :

>www.sujudlahamba.blogspot.com<

Menuju CINTA ILAHI

(0001, 6/11/2011)








             

No comments:

Post a Comment